Selamat Datang Ke Laman Kembara Bicara Tinta.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Khas buatmu Qalbu



















Qalbu,

Hati sentiasa gundah-gulana,

Fikiran bercelaru bermain di minda,

Hidup penuh dugaan dan pancaroba,

Ya Allah bantulah kami dalam kembara.

Qalbu,

Siapakah dirimu?

Dari mana dan hendak kemanakah dirimu?

Apakah hadafmu?

Dimanakah janjimu?

Adakah tadhbiqmu?

Dimanakah buktimu?

Qalbu,

Dirimu kerap menghadapi muqabalah,

Soleh ataupun Tholeh

Tidak banyak karenah,

Setia berkhidmat dan Pemurah,

Jika dirimu utlah

Pasti seluruh anggota punah-ranah

Qalbu,

Tetapi Kamu mudah terjebak dengan kealpaan,

Kata-kata manis,Keadaan,

Sindiran,Kutukan,Pujian,Habuan,

Sogokan,Wanita,Pangkat dan Jawatan.

Qalbu,

Apakah semua ini?

Apakah hasilnya sehingga kini?

Mahukahmu berterusan sebegini?

Adakah tindakanmu terpuji?

Qalbu,

Bosan,Menyampah dan Serabut

Merugikan dan Sampah Masyarakat

Di minda terlekat

Bertemukah berkat

Qalbu,

Ingat!Kamu adalah insan kerdil di dunia ini

Dirimu akan disanjung di Duniawi dan Ukhrawi,

Jika kamu taat kepada Ilahi.

Berbaktilah kepada Rubbul Izzati

Akhlak Rasulullah wajib dicontohi

Allahu Akbar Intim di hati

Hasil Nukilan:

Shihab Din
....................

0 Comments:

Drpd Kami :

Terima kasih kerana melayari Kembara Bicara Tinta.Tolong tinggalkan komen membina yer.(",)


(",) ........................................

" Salam sejahtera "

Kepada pengunjung ,

"Selamat Bercuti n tak lupa kepada sahabat-sahabat yang berjaya khirij Fasal Sani 09/10, Tahniah dan Syabas/ Alfun Mabruk "

...........................................(",)


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online