Berlalulah sudah Tahun Dua Ribu Lapan
Membuka tirai Tahun Dua Ribu Sembilan
Azam baru berlegar-legar di fikiran
Selamat Menyambut Tahun Dua Ribu Sembilan
Begitulah setiap tahun
Dari zaman ke zaman
Setiap peristiwa dijadikan pedoman
Alhamdulillah hidup dengan aman
Senario di hadapan
Setiap orang sepadan
Jangan pula langgari sempadan
Patuhi panduan
Sesuatu yang indah dijadikan teladan
Tidak kira sesiapa pun
Insan biasa ataupun cendekiawan
Semuanya akan mendapat balasan
Iman sebagai ukuran
Mizan sebagai penentuan
Berat ataupun ringan
Tiada lagi pujukan dan rayuan
Semua bergantung kepada amalan
Bertambah dan berkurang itulah iman
Begitulah iman Mukmin
Bertambah pabila rajin
Berkurang pabila dalam kealpaan
Begitulah lumrah kehidupan
Menempuhi arus kehidupan
Saat dan waktu ke depan
Leka pasti ketinggalan
Ok lah,kawan-kawan
Sama-samalah kita berjalan
Menempuhi haluan
Semoga berjaya dalam imtihan
Hasil Nukilan:
Shihab Din
(1 Muharram 1430/28.12.08)
Helaian
Menanti Hari ?
Diposting oleh Che Shihabuddin di Khamis, Januari 01, 2009
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
0 Comments:
Post a Comment