Selamat Datang Ke Laman Kembara Bicara Tinta.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Lambaian Baitullah




Assalamualaikum warahmatullah
Selamat  sejahtera salam ukhuwwah
Empunya diri sedang menuntut di Jamiah Mu'tah
Dikotak minta tergambar lambaian Ka'bah

Kepada Emak  Ayah ,
Semua ahli  keluarga di kampung yang indah,
Sanak-saudara dekat dan jauh 
Teman-teman seperjuangan di Medan Dakwah
Segala bantuan,sokongan,dorongan serta mencurah kasih
Saya ucapkan jutaan terima kasih

Eh,
Sedar tak sedar dah masuk bulan Zulkae'dah
Rindu terhadap Madinah dan Mekkah
Alhamdulillah syukur kepada Allah
Terpikat hati menerima hidayah

Diberi peluang untuk tunaikan ibadah,
Termakan,terguna atau pun silap dan salah,
Memohon maaf daripada perbuatan sudah,
Kami harap di ampun dan dihalal sudah.

Doakan kami agar sehhah,
Selamat sampai ke Madinah dan Mekkah,
Permudahkan kami mengerjakan ibadah,
Agar dapat sempurna haji dan umrah.

Rakan-rakan seperjuangan di Mu'tah,
Sama-samalah jaga rumah
Supaya  pencuri tak mencerobuh
Sama-samalah kita pujuk Tuan rumah
Minta turunkan harga sewa rumah
Mudah-mudahan kita tak perlu pindah

Sempat juga jumpa doktor jamiah,
Minta izin ingin mulai rehlah,
Nasib baik tak kena marah,
"Sallem 'ala Rasulullah "
"Insyaallah bi iznillah"
Syukran  kerna izinkan ponting muhadharah.
" Allahu baarik Fih "

Sampai setakat ni  je lah
Rasanya dah tak de nak luah
Ketentuan ilahi kami pasrah
Semoga semua gerak kerja mendapat barakah
Jadikanlah kami dari golongan terpilih
Jauhilah kami dari golongan tersisih
Amin...

Warkah Daku :

13 / 11 / 2009
Jumaat
Jam 1.00 pagi

0 Comments:

Drpd Kami :

Terima kasih kerana melayari Kembara Bicara Tinta.Tolong tinggalkan komen membina yer.(",)


(",) ........................................

" Salam sejahtera "

Kepada pengunjung ,

"Selamat Bercuti n tak lupa kepada sahabat-sahabat yang berjaya khirij Fasal Sani 09/10, Tahniah dan Syabas/ Alfun Mabruk "

...........................................(",)


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online