Selamat Datang Ke Laman Kembara Bicara Tinta.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Bisikan hati

Setitik mani yang kuat,
Lahir seorang insan yang hebat,
Proses kejadian yang dibuat,

Allah pencipta Manusia , Jin dan  Malaikat.

Minda menerima pelbagai maklumat,
Fikiran perlu selari dengan syariat,
Jika mahu bahagia dan selamat,
Melaksanakan ibadah dan bermuamalat.

Ibadah sebagai bekal di hari Akhirat,
Hargai peluang sebelum terlewat,
Suka duka ditempohi sebelum mencapai matlamat,
Bertatih, berjalan, berlari mencapai hajat.

Gerak kerja memang perlu muafakat,
Kadang- kadang berdebat,
Terkeluar bermacam-macam ayat,
Melontarkan pelbagai pendapat,
Cuba menghormati pendapat.

Jiwa merana sukar dirawat,
Luka parah boleh dijahit dan di sapu ubat,
Tetapi kesannya meninggalkan parut.
Sama-samalah kita berpakat,

Kadang- kadang tak sedar ucapan keluar di mulut,
Terkesan dari minda yang serabut,
Dihati tidak terniat menyakiti walaupun sedikit,
Maafkan daku jika terkeluar bahasa kesat.

Mungkin ada hikmah yang tersirat,
Kita menganggap baik tapi jerat,
Kita menganggap buruk tapi selamat,
Pintu sentiasa terbuka sedia menyambut.

Menerima insan bertaubat,
Melepasi syarat-syarat,
Hasilnya kita dapat lihat,
Pedoman apa yang tersurat.

Cuba tanggalkan apa yang melekat,
Sedikit demi sedikit,
Insya allah tercapai hajat,
Kembara menuju Akhirat.

Buat Insan insaf sangat-sangat,
Memerah keringat,
Tak kenal erti penat,
Allah dan Rasul wajib ditaat.

Bercakap macam hebat,
Pinjam barang orang tak ambil berat,
Kita tunggu agar dapat,
Bila ditanya dan soal siasat,
Alasannya orang ke Dua,ke Tiga atau orang ke Empat,
Ada masalah sama-samalah kita mesyuarat,
Sama-samalah kita beringat-ingat,
Di  situlah berputik ukhwah bertaut.

Ada salah silap daku terima nasihat,
Tiada niat jahat kepada Muslimin dan Muslimat,
Apatah lagi mengkianat,
Semoga kita selamat di Hari Kiamat.

Dilema dalam pilihan yang mahu dibuat,
Tunai Solat istikharah dan Solat hajat,
Menerima bimbingan dan pendapat,
Mengharapkan datangnya isyarat,
Buat pilihan tepat.

Takut balasan di Akhirat,
Bimbinglah daku sehingga ke akhir hayat,
Tidak tahu umur panjang ataupun singkat,
Buat ibadah dengan teliti dan cermat.

Biar sedikit asalkan berkat,
Auranya sangat kuat,
Bertaut keatas yang yakin dan taat,
Memang penting sangat-sangat.

Susah  senang  ataupun sakit,
Semuanya ada hikmah yang tersirat,
Setiap penyakit insya Allah ada ubat,
Mungkin cepat ataupun lambat,

Allah 'Azzawajalla mahu melihat,
Pencinta bayu sunyi  yang bermunajat,
Tabahkan hati kuatkan semangat,
Bersihkan diri sebagai pengubat.

Hasil Nukilan:

Shihab Din
8.12.09 / 2.2.10
Isnin / Selasa

0 Comments:

Drpd Kami :

Terima kasih kerana melayari Kembara Bicara Tinta.Tolong tinggalkan komen membina yer.(",)


(",) ........................................

" Salam sejahtera "

Kepada pengunjung ,

"Selamat Bercuti n tak lupa kepada sahabat-sahabat yang berjaya khirij Fasal Sani 09/10, Tahniah dan Syabas/ Alfun Mabruk "

...........................................(",)


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online