Selamat Datang Ke Laman Kembara Bicara Tinta.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Silauan Dalam Sepi












Suara tinta mula berbunyi
Sekian lama menyepi
Peristiwa dialami
Banyak rahsia tersembunyi












Ilmu dipelajari

Pengalaman dikongsi
Agar serasi
Kita mencari
Allah memberi
Semuanya urusan ilahi

Dahulu dan kini
Banyak seni
Ada yang sudah bersemi
Tanpa disedari









Di sana dan di sini
Tak pernah sunyi
Banyak kedengaran bunyi
Bermacam - macam bunyi









Memecah sepi
Menghiburkan hati
Kekadang mengguris hati
Sakit tak terperi

Ada yang dipuji
Ada yang dikeji
Ada yang mengkaji
Ada yang mengaji
Ada yang menguji

Kadang-kadang dekatkan diri
Inginkan situasi
Adakala menyendiri
Memikirkan kendiri












Perjalanan penuh duri
Pergi membawa diri
Kejalan yang diredhai
Itulah jalan yang dicari-cari

Kerana Allah menyukai
Berusaha jejaki

Sehingga sampai ke destinasi
Teguhkan hati sanubari










Dari hari ke hari
Kehidupan berwarna- warni
Sampai di sini

Pada kali ini

Celoteh kendiri
Membuka memori
Empunya diri
Mengangkat jari -jemari
Bai-bai
Jumpa lagi.

Hasil Nukilan:

Shihab Din
( Musim Syita' )


3 Comments:

Tanpa Nama said...

salam alaik.kepada saudara penulis... ana tiada sebarang komen cuma ana susah utk memahami kesinambungan sajak saudara penulis... dan ana tidak tahu bagaimana keadaan anda semasa anda meluahkan penulisan anda berbentuk sajak ini...

dan dari situ, ana ingin mengetahui sedikit sabanyak apa yang dimaksudkan oleh saudara penulis dalam merealisasikan maksud dalam penulisan saudara...

segala maklum balas dari saudara penulis ana amat hargainya, kerana ana ingin sangat mengetahui apa kah yg saudara maksudkan dalam sajak dan berkaitan tajuk yg saudara kemukan itu iaitu silauan dalam sepi....

Tanpa Nama said...

Wa'alaikum mussalam.

Apa - apa pun saya ucapkan terima kasih kepada saudara yang sudi membaca.Terutama sekali saya mintak maaf kalau ada kesilapan dalam sajak saya. Maklumlah saudarakan, dari Fakulti Bahasa Dan Kesasteraan Arab.

Sebenarnya bidang kesasteraan khususnya sajak bukan dalam bidang saya,tambahan pula kurang arif dalam bidang ini,tetapi saya cuba memberanikan diri untuk menulis sajak.Tajuk Sajak " Silauan Dalam Sepi " tersebut entah macam mana saya dapat saya pun tak tahu,ini semuanya ilham datang dari Allah.

Silauan:Yang saya maksudkan memandang sesuatu yg jauh;meninjau sesuatu dalam kehidupan masa akan datang membuatkan kita tidak dapat nampak dengan jelas apa akan berlaku masa akan datang.

Sepi: Yang bermaksud senyap. Sepi yang saya letakan disini adalah makluman kepada saudara bahawa saya sudah lama tidak menulis .

Fokus utama saya tulis sajak ini adalah untuk memberitahu pembaca bahawa saya sudah lama tidak menulis,disamping itu juga, saya cuba selitkan serba sedikit kehidupan manusia yang dialami sepanjang kesepian saya dalam menulis.

Tanpa Nama said...

alhamdulillah dan kini saya mlai faham apa yang saudara cuba sampaikan disini.. tiada apa yang salah dan tiada apa perlu dikaitkan disin sama ada bidang atau pengkhususan, sesungguhnya, teknik penulisan dan reka jenis cerita terutamanya dalam seni penyampaian bahasa, dapat dikaitkan dengan banyak nya kita membaca...

kerana dari segi pembacaan yang menyeluruh kita sedikit sebanyak memberi pengetahuan dan dapat menolong kita dalam memperbanyakkan vacab dan idea untuk kita menulis...

disini saya bukan cuba mengomen dan mempersendakan apa yang saudara penulis kaitkan... tapi saya cuba untuk memahami kesinambungan dan dinamiknya sajak yang saudara tuliskan ini...

Drpd Kami :

Terima kasih kerana melayari Kembara Bicara Tinta.Tolong tinggalkan komen membina yer.(",)


(",) ........................................

" Salam sejahtera "

Kepada pengunjung ,

"Selamat Bercuti n tak lupa kepada sahabat-sahabat yang berjaya khirij Fasal Sani 09/10, Tahniah dan Syabas/ Alfun Mabruk "

...........................................(",)


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online