Selamat Datang Ke Laman Kembara Bicara Tinta.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Syita'

Syita’,
Ungkapan sejuk selalu keluar di bibir
Keluhan selalu di dengar
Berjuang seperti Pendekar
Itulah insan yang Berjaya hadapi ujian yang sukar

Syita’,
Ranjau hidup hadapi dengan pintar
Amal Ma’ruf Nahi Mungkar
Tetapkan iman dan berikrar
Jangan pula ingkar

Syita’,

Kadang-kadang stoking dan baju terbakar
Senario ini agak kelakar
Gelak ketawa pabila stoking di kaki terbakar
Memori indah dan suram tergambar

Syita’,

Badan sejuk susah nak keluar
Sayangkan selimut ,bantal dan cadar
Ada kerja baru keluar
Jika impian dilakar
Banyak idea yang keluar
Jati diri dibentuk bukannya sebentar

Syita’,

Hidup ini adalah sebentar
Masa perlu dikejar
Bangunlah daripada tidur
Tinggalkan selimut dan tilam sebentar
Tak perlu ikut Syaitan yang ingkar
Semuanya kejalan mungkar

Syita’,

Jangan bersedih dan gusar
Allah bersama orang yang sabar
Yakin dan percaya pada Qada’ dan Qadar
Segala anugerah Allah patut bersyukur

Hasil Nukilan :
Shihab Din
( 15.2.2009 Ahad , Musim Syita’ )

0 Comments:

Drpd Kami :

Terima kasih kerana melayari Kembara Bicara Tinta.Tolong tinggalkan komen membina yer.(",)


(",) ........................................

" Salam sejahtera "

Kepada pengunjung ,

"Selamat Bercuti n tak lupa kepada sahabat-sahabat yang berjaya khirij Fasal Sani 09/10, Tahniah dan Syabas/ Alfun Mabruk "

...........................................(",)


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online