Selamat Datang Ke Laman Kembara Bicara Tinta.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Suntikan Lesu , Oh ! Palestin..

Suntikkan lesu
Diri terpaku
Dimanakah asli dan palsu
Mahukah ditipu

Segolongan berpusu-pusu
Mengorak langkah maju
Menghala tuju
Dari sudut penjuru

Diiringi Peraju dalam agama yang satu
Penyuluh seru matlamat yang satu
Menghadapi ranjau-ranjau sendu
Diselubungi sendu dan kaku

Pahat dipalu
Dimana harus didahulu
Menjana penggerak acu
Penggerak penghulu

Gelombang aura sangat jitu
Menyusur gelombang jitu
Menangkis situasi pilu
Harap-harap begitu

Sampai bila ungkapan jikalau
Sehingga terpukau
Aku dan Kamu
Berganding bahu bersatu

Mencari helah Pengacau
Melancarkan peluru berpandu
Kepelusuk penjuru
Sehingga sampai ketempat dituju

Enggan ataupun tidak setuju
Jangan dihirau
Kita harus menjangkau
Penjajah dan pengkianat dihalau

Kesedihan dan penderitaan dihadapi selalu
Sumbangan dan bantuan dialu-alu
Sama-samalah kita membantu
Supaya membina Negara Islam Maju


Israil memang begitu,
Tiada apa yg dituju,
Melainkan kehendak hawa nafsu,
Kecelakaan dan kerakusan ke segenap penjuru,

Palestin kini diburu,
Bom dijatuhkan bertalu-talu,
Anak-anak bermain peluru,
menanggung kehilangan ayah dan ibu,
Menjadi seorang anak yatim piatu,

Allahu akbar kamu sahaja yang tahu,
Bagaimana ummat harus bersatu,
Mencari kemerdekaan yang satu,
Membanteras musuh yang tidak tahu malu….

Hasil Nukilan :

Shihab Din dan Ahmad Rabbani
(10.1.09 /14 Muharram Sabtu )



0 Comments:

Drpd Kami :

Terima kasih kerana melayari Kembara Bicara Tinta.Tolong tinggalkan komen membina yer.(",)


(",) ........................................

" Salam sejahtera "

Kepada pengunjung ,

"Selamat Bercuti n tak lupa kepada sahabat-sahabat yang berjaya khirij Fasal Sani 09/10, Tahniah dan Syabas/ Alfun Mabruk "

...........................................(",)


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online