Selamat Datang Ke Laman Kembara Bicara Tinta.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Riang- ria Pasir Putih Clarks


Subhanallah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari,

Menjalani ibadah puasa separuh hari ,

Tukang masak hari ini sukar ditandingi,

Tok Ayah masak sedap sekali,

Membuatkan kami sekeluarga ternanti-nanti,

Apabila dirasa memang sedap sengoti,

Memanglah patut kami puji,

Allahu Akbar,

Dengar khabar nak musafir ke Tanah air dicintai,

Jangan tinggalkan kami seorang diri,

Masakan Tok Ayah sukar dicari ganti,

Biarlah Tok Ayah pergi nak buat macam mana lagi

Itu pilihan Tok Ayah sendiri

Apapun kami disini tetap menanti kembali disisi

Alhamdulillah,

Syukur Tok Ayah selamat sampai

Harap pandai – pandailah jaga diri

Mengharungi kehidupan penuh dengan onak dan duri

Bila nak datang sini ?

Belilah hadiah untuk cenderahati

Kami disini setia menanti

Bersyukur kerana Tok Ayah dapat beraya bersama keluarga yang disayangi

Biarpun kami beraya dengan kekurangan serba-serbi

Jauh dimata tetapi dekat dihati

La ilaha illallah,

Ramadhan sudahpun melabuh tirai meninggal pergi

Harap tahun depan dapat berjumpa lagi

Kullu Aam Wa Antum Bilkhair itulah uslub arabi

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Saudara dan Saudari

Dari hujung rambut hingga kehujung kaki

Memohon Maaf Zahir dan Batin daripada kami ( Bayt Pasir Putih Clarks ).

Hasil Nukilan:

Shihab Din
( 29.8.2009 Selasa )


0 Comments:

Drpd Kami :

Terima kasih kerana melayari Kembara Bicara Tinta.Tolong tinggalkan komen membina yer.(",)


(",) ........................................

" Salam sejahtera "

Kepada pengunjung ,

"Selamat Bercuti n tak lupa kepada sahabat-sahabat yang berjaya khirij Fasal Sani 09/10, Tahniah dan Syabas/ Alfun Mabruk "

...........................................(",)


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online