Selamat Datang Ke Laman Kembara Bicara Tinta.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Meniti Di Tanah Gersang

Kenapalah hidup ini kosong?
Adakah aku berada dijalan sonsang?
Meniti di Tanah Gersang
Adakah aku seorang pejuang?

Berikanlah aku peluang
Agar aku dapat berjuang
Menuju jalan pulang
Bimbinglah aku yang berhati kosong

Apakah yang anda pandang?
Dimanakah tajamnya mata pedang?
Adakah ia gah di simpang- simpang?
Bilakah boleh tumpang?
Insyaallah di masa- masa mendatang

Berharap berfikiran matang
Banyak benda yang terbayang
Membuatkan minda melayang
Rindukan halaman kampung

Bilalah boleh pulang?
Berfikir malam dan siang
Berselubung perasaan boring
Asyik tidur dan berbaring

Di waktu cuti ataupun di masa lapang
Setiap hari suiz laptop dipasang
Mengikuti teknologi zaman sekarang
Alam maya luas terbentang

Ingat pantang larang
Kekuatan iman dan takwa sebagai benteng
Ramai yang alpa dan kecundang
Ilmu masih kurang

Kehilangan ilmu sangat senang
Kita memang mahu senang
Tapi masih pincang
Itulah yang kita perlu bincang

Lahirnya pencadang dan pembangkang
Penilaian ataupun pertimbangan sangat penting
Menjadikan  kita maju berkembang
Merentasi dunia tanpa benteng

Salam sayang
Selamat berjuang
Selamat bertemu jalan pulang
Agar tak terumbang-ambing

Warkah ini dilayang
Khas buat diriku yang tersayang
Mengukir fikrah terbayang
Menghisab diri yang mahu pulang

Shihab Din:

Sabtu 12.12.2009
11.00 pagi

0 Comments:

Drpd Kami :

Terima kasih kerana melayari Kembara Bicara Tinta.Tolong tinggalkan komen membina yer.(",)


(",) ........................................

" Salam sejahtera "

Kepada pengunjung ,

"Selamat Bercuti n tak lupa kepada sahabat-sahabat yang berjaya khirij Fasal Sani 09/10, Tahniah dan Syabas/ Alfun Mabruk "

...........................................(",)


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online