Selamat Datang Ke Laman Kembara Bicara Tinta.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Seketika tersentuh

Bisikan hati ini,
Hanya aku yang mengerti
Apa kata hati,
Cuba lihat dengan mata hati

Tak dipeduli,
Mengapa diperli?
Harus disedari,
Di mana harus dicari?

Adakah seperti lilin yang membakar diri?
Persoalan yang memagar diri
Apa-apa yang di kehendaki
Perlukah mengharapkan simpati ?

Dari dulu hingga kehari ini,
Kemanakah kaki melangkah pergi
Bertemankan memori,
Menempoh onak dan duri

Wang ringgit boleh dicari
Pengalaman tidak boleh dijual beli
Hanya boleh di cari ,
Sama-samalah kita berkongsi.

Apa yang dihadapi
Apa yang disukai
Apa yang dibenci
Agar kita sama-sama memahami

Yang baik sama-sama kita teladani
Yang buruk sama-sama kita jauhi
Wahai sang diri,
Tabahkan hati

Abaikan bunyi-bunyian yang menyakiti
Biarkan dia seorang diri
Jangan bermain-main api
Nanti membakar diri.

Huruf dan nombor disentuh dihujung jari
Mencurahkan isi hati
Untuk dibaca dan dihayati
Melakar episod yang tempohi

Dengarlah suara ini
Insya allah usahamu diberkati
Mudah-mudahan dirahmati

Hanya ini aku mampu beri
Nak lagi?
Insya allah di lain kali...
Akan kembali lagi.

Shihab Din:

16.february 2010  Selasa
Jam 10.45 malam

0 Comments:

Drpd Kami :

Terima kasih kerana melayari Kembara Bicara Tinta.Tolong tinggalkan komen membina yer.(",)


(",) ........................................

" Salam sejahtera "

Kepada pengunjung ,

"Selamat Bercuti n tak lupa kepada sahabat-sahabat yang berjaya khirij Fasal Sani 09/10, Tahniah dan Syabas/ Alfun Mabruk "

...........................................(",)


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online