Dunia kini semua mahu cepat
Tak kira siapa semuanya punya hajat
Meneroka sesuatu sehingga dapat
Berlaku dimana-mana tempat
Sesungguhnya amalan bergantung kepada niat
Utamakan ibadah daripada adat
Merangka dan bertindak mencapai matlamat
Apa yang dihajat belum tentu dapat
Berusaha selagi ada kudrat
Itulah yang dikehendaki sangat-sangat
Tak kira pelbagai sudut
Buat apa yang patut
Hindari perbuatan kianat
Ikut sahaja cara hidup selamat
Panduan Al Quran adalah pilihan tepat
Takut terhadap yang Maha Kuat
Mencari sinar hidayah bertaut
Hati terbuka sedia menyambut
Diiringin bimbingan supaya tidak tersesat
PemberianMu tak terbalas walaupun sedikit
Manis tapi pahit
Sedikit tapi padat
Senang tapi terhimpit
Mesra tapi jahat
Tin kosong tapi berbunyi kuat
Apakah harus kita buat?
Berbangga apa yang tersurat
Memahami apa yang tersirat
Berhati- hati dengan jerat
Tawakkal apa yang dibuat
Buat perkara wajib dan sunat
Yang wajib perlu sangat-sangat
Cara hidup ikut syariat
Tidak boleh ambil sikit-sikit
Jika mahu hidup selamat
Sama- samalah kita beringat-ingat
Sebelum kita terlambat
Mencetus jiwa bersemangat
Menjalani kehidupan bermuamalat
Kekuatan kaum bergantung muafakat
Masing-masing ada bakat
Maafkan daku wahai sahabat
Kekadang tak sedar kira bicara keluar dari mulut
Sedangkan lidah dengan gigi boleh tergigit
Ambil yang elok pulihkan yang berkarat
Bergerak aktif selepas rehat
Menyambung kerja memerah keringat
Jatuh bangun berkait rapat
Arus pancaroba perlukan semangat
Kehidupan disusuli noktah bersalut maut
Hatta bicara tinta pun kehabisan dakwat.
HASIL NUKILAN
Shihab Din
17 Rabiul Awal 1430 H/14.3.2009 Sabtu
Helaian
Bertambah (+) ?
Diposting oleh Che Shihabuddin di Sabtu, Mac 14, 2009
Subscribe to:
Catat Ulasan (Atom)
0 Comments:
Post a Comment