Selamat Datang Ke Laman Kembara Bicara Tinta.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

'Uqubat Terhadap Penjenayah


  1. Zina




32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). ((Al isra’:32))
2. perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.
3. lelaki Yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan Dengan perempuan Yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan Yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki Yang berzina atau lelaki musyrik. dan perkahwinan Yang demikian itu terlarang kepada orang-orang Yang beriman. (Annur 2-3)


  1. Qazaf (melemparkan tuduhan zina kepada orang baik lelaki suci atau menafikan keturunan)

23. Sesungguhnya orang-orang Yang menuduh perempuan-perempuan Yang terpelihara kehormatannya, Yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi Yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa Yang besar; ( Annur 23)

  1. Khamar (arak)

90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
91. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu Dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara Yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
( Al maidah 90-91)

  1. Mencuri

38. dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Maidah 38)

  1. Harabah
( merampas harta orang dgn cara kekerasan atau ugutan yang dilakukan oleh orang perseorangan atau sekumpulan yang bersenjatakan apa apa senjata atau alat yang boleh digunakan sebagai senjata atau kekuatan yang ada pada diri orang yang melakukan harabah itu )


33. Hanyasanya balasan orang-orang Yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah Dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja Dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). hukuman Yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa Yang amat besar.
34. kecuali orang-orang Yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (Mereka terlepas dari hukuman itu). maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Maidah 33-34)


  1. Murtad

217. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang Dalam bulan Yang dihormati; katakanlah: "Peperangan Dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang Dalam bulan Yang dihormati). dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan Yang demikian); dan sesiapa di antara kamu Yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang Yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).( Baqarah 217 )


  1. Bagha
(segolongan umat islam yang melawan dan menderhaka kepada imam(pemerintah / kerajaan yang adil yang menjalankan hukum – hukum syariah islam )


9. dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.( Hujurat :9)

0 Comments:

Drpd Kami :

Terima kasih kerana melayari Kembara Bicara Tinta.Tolong tinggalkan komen membina yer.(",)


(",) ........................................

" Salam sejahtera "

Kepada pengunjung ,

"Selamat Bercuti n tak lupa kepada sahabat-sahabat yang berjaya khirij Fasal Sani 09/10, Tahniah dan Syabas/ Alfun Mabruk "

...........................................(",)


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online