Selamat Datang Ke Laman Kembara Bicara Tinta.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

“ Hayati Sejarah , Contohi Rasulullah “




Assalamualaikum Warahmatullah
Subhanallah Walhamdulillah ,
Allahumma Salli ‘ala Saiyyidina Muhammad
Selawat dan Salam  keatas Rasulullah
Syukur kepada Allah
Segala nikmat yang dianugerah
Muhammad,
Segala puji-pujian  bagi Allah
Nabi Muhammad utusan Allah
Menyampaikan wahyu daripada Allah
Menyelamatkan sekalian Ummah

Muhammad,
Membimbing manusia kembali kepada Allah
Hanya Allah wajib disembah
Itulah yang diperintah
Suruhan dan larangan dipatuh

Muhammad,
Rasulullah kekasih Allah s.w.t,
Diberi nama Muhammad bin Abdullah
Lahir di Mekkah,
12.Ribu'ul Awwal di Tahun Gajah
Wafat di Madinah

Muhammad,
Menunaikan segala amanah
Menerangkan Maqasid Syariah
Menuju ketempat kekal abadi lagi indah
Menjadikan hidup kita berfaedah

Muhammad,
Di hina , di caci dan di fitnah
Semuanya dihadapi dengan tabah
Sabar menyampaikan Syariah 
Misi dan Visi menuju Jannah

Dunia ini pasti musnah
Pelajari  Peristiwa Hijrah
Dari Kota Mekkah ke Madinah
Sebagaimana kekuatan musuh dimusnah

Muhammad,
Kerinduan terasa walaupun tak bersua wajah
Mengenalimu daripada Pendakwah-Pendakwah
Syukur dan berterima kasih
Di beri peluang menziarahi Makam Rasulullah
Walaupun hanya dapat melihat namamu terukir indah
Kami merasai sangat bertuah
Kerana lahir dalam umat Rasulullah.

Muhammad,
Ya, Rasulullah.
Kami di takdirkan berada di bumi bertuah
Di Medan Mu'tah
Medan pertumpahan darah
Bertemankan  kesan-kesan sejarah

Muhammad,
Di Medan ini yang penuh barakah
Tempat bersemadinya Para-para  Syuhada’ Mu’tah
Ja'far bin Abi Talib ,Zaid bin Harisah dan Abdullah bin Rawahah
Pahlawan bermati-matian menentang musuh
Akhirnya Syahid di Ma’rakah Mu'tah

Muhammad,
Ya Allah,Ya,Habiballah.
Engkau tinggalkan kami Al-Quran dan Al-Sunnah
Mukjizat Al-Quran yang dianugerah
Beriman dan bertakwa kepada Allah
Setia di jalan yang diredhai Allah
Kurniakanlah kami hidayah

Muhammad,
Bagaimanakah kepribadian Rasulullah?
Memahami dan mengkaji Al-Quran pasti terdedah
Hayati sejarah,
Contohi Rasulullah.
" Selamat menyambut Maulid Rasulullah 1431 "

Shihab Din :


25. 2.2010 / 12 Rabi’ul Awwal 1431
Khamis : 3.20 am
 

Drpd Kami :

Terima kasih kerana melayari Kembara Bicara Tinta.Tolong tinggalkan komen membina yer.(",)


(",) ........................................

" Salam sejahtera "

Kepada pengunjung ,

"Selamat Bercuti n tak lupa kepada sahabat-sahabat yang berjaya khirij Fasal Sani 09/10, Tahniah dan Syabas/ Alfun Mabruk "

...........................................(",)


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online