Selamat Datang Ke Laman Kembara Bicara Tinta.Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Resah

Jantung berdebar-debar
Raup cahaya muka memancar
Memahami sesuatu yang mencabar
Rintihan suara bicara yang sedar

Membuat sesuatu hanya sekadar
Apabila semangat sudah pudar
Mulalah membawa diri ke bandar
Menenangkan jiwa sebentar

Detek demi detek berlalu tanpa disedar
Perjalanan semakin hampir
Menempuhi laluan berpagar
Memerlukan daya fikir yang pintar

Menghadapi dengan redha dan bersabar
Memahami sesuatu yang susah digambar
Dialami sesuatu yang dilontar
Dugaan yang sungguh mencabar

Terfikir memori yang kelakar
Perbaharui semangat yang luntur
Mengorak langkah didampingi obor
Mengharungi kredibiliti dan disindir

Kita tahu mahu pun harus sedar
Melayani fikrah yang segar
Berlandaskan maklumat yang benar
Menghasilkan tindakan yang pintar

Kembara dibawah sinaran suria memancar
Dihinggapi debu-debu bersih dan berpasir
Singgah dipokok-pokok zaiton yang sedang membesar
Mengutip buah-buah zaiton yang gugur
Debu-debu menyelubungi pasir
Beginilah cerita seorang musafir.

Shihab Din

18.2.2010 / Khamis
Jam.1.11 Tengah Hari

0 Comments:

Drpd Kami :

Terima kasih kerana melayari Kembara Bicara Tinta.Tolong tinggalkan komen membina yer.(",)


(",) ........................................

" Salam sejahtera "

Kepada pengunjung ,

"Selamat Bercuti n tak lupa kepada sahabat-sahabat yang berjaya khirij Fasal Sani 09/10, Tahniah dan Syabas/ Alfun Mabruk "

...........................................(",)


 

blogger templates 3 columns | Make Money Online